Nak bercucuk tanam tak perlu kawasan lapang atau tanah yang luas. Dengan pelbagai teknik dan teknologi sekarang ini, banyak yang boleh dipraktikkan.
Sebagai contoh, bagi yang tinggal di rumah-rumah tinggi seperti Apartment, Kondo, Flat atau sebagainya tapi mahu bercucuk tanam atau menanam kangkung, boleh juga tanam di balkoni rumah. Nak tahu, kangkung ni sebenarnya cukup mudah ditanam dan juga mudah subur.
Ini cara yang dikongsikan oleh Amelia Chong menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Kangkung hydropot di tepi pagar.. pertama kali mencuba.. nampak nya menjadi.. trimakasih bagi rakan2 yg slalu kongsi ilmu dalam group ni.. sbb ramai yg bertanya so saya edit caption..

dalam pasu merah tu saya letak tanah biasa je (karna nak guna yg sedia ada untuk menjimat kan cost) boleh juga menggunakan cocopeat..atau pasir..

Benih kangkung just tabur je dlm pasu tu.. dan rendam dlm bekas putih tu yg berisi air + campuran baja ab.. selamat mencuba bagi yg berminat 😊
Kredit: Amelia Chong Via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri