Bagi yang bekerja dari rumah, kami kongsikan serba sedikit tentang dekorasi pejabat di rumah atau ‘Home Office‘ serta contoh-contoh yang boleh dijadikan rujukan supaya anda lebih bersemangat nak buat kerja dari rumah dan menjadikan diri lebih produktif, dan berinspirasi.
Suasana ruang kerja sangat penting untuk penghasilan kerja yang sangat kreatif dan bermutu tinggi. Jika di pejabat, suasana kerja lebih terbatas, kenapa perlu kita bataskan suasana kerja di rumah, bukan? Jadikan pejabat kecil anda di rumah sebagai ruang yang paling anda minat, sayang dan rindu untuk sentiasa berada di situ. Bukannya sebagai tempat yang paling anda malas dan rimas bila berada di situ.
Sumber foto : wowfyy.com