Ilham Dekorasi
  • Rumah
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Dapur
  • Bilik Air
  • Lain-Lain
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Ilham Dekorasi
  • Rumah
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Dapur
  • Bilik Air
  • Lain-Lain
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Ilham Dekorasi
No Result
View All Result
Home Lain-Lain

Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM

by Ilham Dekorasi
13 January 2021
in Lain-Lain
Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM
2.9k
VIEWS
Share on FacebookWhatsappTwitterEmail

Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia)

Setelah pengumuman dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr Mohd Radzi Md Jidin bahawa anak-anak akan memulakan semester baharu pada 20 Januari 2021, ibu ayah ada yang risau tambahan pula sesetengah kawasan ditetapkan untuk mengadakan pembelajaran online dari rumah oleh kerana risiko kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Untuk mengelakkan anak-anak kita ketinggalan, ibu ayah boleh memanfaatkan buku teks digital dalam tempoh PKP nanti.

Ianya percuma dan semua subjek ada. Jadi, senanglah kalau ibu ayah nak ajar anak di rumah dan rujuk silibus mereka untuk tahun ni walaupun ada yang tak boleh nak ke sekolah untuk ambil buku teks.

Di sini kami kongsikan perkongsian cara download buku teks digital oleh Cikgu Aida Earnani Aziz. Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.

Cara Download Buku Teks Digital KPM (Semua Subjek Sekolah Rendah & Menengah)

Anak-anak tak ada buku teks?

Ibu bapa mesti risau pasal ni kan. Sama la seperti saya.

Soalan sama saya ajukan pada suami pagi tadi. Kebanyakan sekolah tetapkan untuk pulang buku teks lama dan ambil buku teks baru bila naik sekolah 20hb nanti.

Tapi semalam nampaknya ada perubahan pada sesi pembelajaran anak-anak. Ada yang tak dapat bersemuka dengan guru (tak ke sekolah).

Malah, negeri-negeri di negara kita dah terbahagi kepada 3 kumpulan, PKP, PKPB dan PKPP. Tenang ya ibu bapa

Di sini saya sertakan link untuk ibu-ibu dapatkan buku teks tersebut.

Cara Download Buku Teks Sekolah Menengah Tingkatan 1-5

Untuk sekolah menengah, lebih mudah, ada link telegram. Ibu atau bapa hanya perlu klik channel telegram dan join untuk muat turun buku teks tersebut.

Berikut adalah link channel buku teks setiap tingkatan.

  • Tingkatan 1 –https://t.me/Channel1BukuTeksKSSM
  • Tingkatan 2 –https://t.me/Channel2BukuTeksKSSM
  • Tingkatan 3 –https://t.me/Channel3BukuTeksKSSM
  • Tingkatan 4 –https://t.me/httpstmejoinchatAAAAAFan6t
  • Tingkatan 5 –https://t.me/Channel5BukuTeksKSSM

Contoh apabila anda sertai channel tersebut ada pada Gambar 1 di bawah.

Cara Download Buku Teks Sekolah Rendah Tahun 1-6

Untuk sekolah rendah, boleh klik link ini. https://drive.google.com/…/1WjJIeZFZss9jkNP…/view

Langkah akan ditunjukkan pada setiap gambar-gambar di bawah (Gambar 2-5)

Klik link Google Drive dan anda akan dapat capaian seperti ini.

Ada untuk sekolah menengah juga. Pilih mengikut tahun anak anda.

Ini contoh andai anda klik pada Tahun 5.

Kotak diatas ada untuk Pendidikan Khas, SJK Tamil, SJK Cina dan SK

buku teks digital kpm

Ini pula paparan yang ada (jika guna phone) untuk tahun 5 Sekolah Kebangsaan.

buku teks digital kpm

Andai pilihan ibu bapa English Year 5, klik pada English dan paparan ini akan keluar.

Boleh download serta save. Nak print lagi mudah.

Selesai!

Mudah kan?

Jadi, dalam tempoh PKP pun ibu ayah tak ada masalah untuk mengakses buku teks anak-anak.

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu dalam usaha kita memastikan anak-anak tetap dapat meneruskan pembelajaran mereka.

Sumber: Cikgu Aida Earnani Aziz

INFO TAMBAHAN:

Ada juga 2 aplikasi mobile (Mobile Apps) buku teks digital KPM yang menarik dan sangat lengkap, ringan (tak beratkan handphone), serta amat mudah diakses oleh pengguna, iaitu:

  • MyKSSM – Buku Teks Digital untuk Sekolah Menengah
  • UPSR KSSR – Buku Teks Digital untuk Sekolah Rendah

Boleh download di Google Playstore secara percuma.

buku teks digital kpm

Semoga artikel ini bermanfaat!

Berkaitan Artikel

Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl Gaya “Tulang Ikan” Dengan Betul

Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl Gaya “Tulang Ikan” Dengan Betul

by Ilham Dekorasi
23 February 2021
3.6k

Jika anda merancang untuk makeover lantai rumah tanpa ingin mengeluarkan kos yang tinggi, lantai vinyl adalah pilihan yang tepat. Lantai vinyl lebih murah berbanding tile biasa...

PERMAI: 22 Inisiatif Pakej Bantuan Permai 2021

PERMAI: 22 Inisiatif Pakej Bantuan Permai 2021

by Ilham Dekorasi
18 January 2021
617

PM sebentar tadi telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas 2021 sempena lanjutan PKP 2.0 yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI. Sebelum...

Promosi Starbucks RM2.10 (Setiap Sabtu & Ahad Sepanjang Bulan Januari 2021)

Promosi Starbucks RM2.10 (Hari Sabtu & Ahad Sepanjang Bulan Januari 2021)

by Ilham Dekorasi
15 January 2021
1.4k

Tawaran istimewa promosi Starbucks RM2.10 untuk bulan Januari 2021. Rugi kalau tak grab promosi murah ni tau.. Jom kami kongsikan cara-cara untuk dapatkan promosi Starbucks RM2.10...

Cara Hias Dapur Sempit Supaya Nampak Lebih Luas & Kemas.

[5 Gambar] Cara Hias Dapur Sempit Agar Nampak Lebih Luas & Kemas.

by Ilham Dekorasi
13 January 2021
4.8k

Kami kongsikan cara Puan Anis Rohani mendekorasi dapurnya yang agak sempit agar kelihatan lebih kemas & praktikal. Pemilihan warna tema putih untuk kabinet dapur sudah cukup...

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0 -KPM

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0 -KPM

by Ilham Dekorasi
11 January 2021
5.1k

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Susulan pengumuman PKP 2.0 melalui Perutusan Khas YAB Perdana Menteri pada 11...

Artikel Seterusnya
Promosi Starbucks RM2.10 (Setiap Sabtu & Ahad Sepanjang Bulan Januari 2021)

Promosi Starbucks RM2.10 (Hari Sabtu & Ahad Sepanjang Bulan Januari 2021)

[40 Gambar] Idea Dekorasi Bilik Anak. Ringkas & Cantik!

[40 Gambar] Idea Hias Bilik Anak. Ringkas & Cantik!

[21 Gambar] Idea Dekorasi Ruang Tamu Kecil & Sempit

[21 Gambar] Idea Dekorasi Ruang Tamu Kecil & Sempit

Like Kami di Facebook

Facebook Pagelike Widget

RECOMMENDED

[15 Gambar] Koleksi Deko Ruang Tamu. Simple & Cantik!
Ruang Tamu

[15 Gambar] Koleksi Deko Ruang Tamu. Simple & Cantik!

12 August 2020
Dekorasi Rumah Flat Yang Ringkas Dan Sangat Menarik!
Rumah

Dekorasi Rumah Flat Yang Ringkas Dan Sangat Menarik!

12 July 2020
  • Mengenai Kami
  • Privacy Policy
  • Pengiklanan
  • Hubungi Kami

© 2020 ILHAM DEKORASI

No Result
View All Result
  • Rumah
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Dapur
  • Bilik Air
  • Lain-Lain
  • Hubungi Kami

© 2020 ILHAM DEKORASI

error: Content is protected !!