Ilham Dekorasi
  • Rumah
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Dapur
  • Bilik Air
  • Lain-Lain
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Ilham Dekorasi
  • Rumah
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Dapur
  • Bilik Air
  • Lain-Lain
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Ilham Dekorasi
No Result
View All Result
Home Lain-Lain

Cara Tebus Bantuan Kerajaan RM50 ePenjana.

by Ilham Dekorasi
10 August 2020
in Lain-Lain
Cara Tebus Bantuan Kerajaan RM50 ePenjana.
1.7k
VIEWS
Share on FacebookWhatsappTwitterEmail

Bermula 31 Julai 2020, rakyat Malaysia boleh mula menebus RM50 kredit e-Penjana iaitu bantuan dari kerajaan untuk menggerakkan semula ekonomi negara. Selain itu, ia juga bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pembayaran tanpa tunai.

Tetapi anda perlu tahu terlebih dahulu syarat dan langkah-langkah yang betul sebelum dapat menebus kredit RM50 ini ke dalam dompet elektronik (e-Wallet) pilihan anda.

Tidak semua rakyat Malaysia layak menerima kredit e-Penjana RM50 ini. Ia hanya diberikan kepada:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berusia 18 tahun dan ke atas
  3. Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun berdasarkan rekod LHDN
  4. Telah mendaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera

Jika anda layak menurut syarat pertama, kedua dan ketiga, maka anda harus pula mendaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera, jika masih belum berbuat demikian. Tetapi jika anda sudah mendaftar, pastikan nama anda di dalam aplikasi MySejahtera adalah sama seperti di kad pengenalan. Ini kerana sistem MySejahtera akan membuat pengesahan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Untuk memastikan semua proses pendaftaran berjalan dengan lancar, anda harus memasukkan nama penuh seperti yang terdapat di dalam kad pengenalan, termasuk Bin atau Binti, A/L atau A/P, S/O atau D/O dan sebarang simbol termasuk ‘-‘ atau ‘@’. Semua maklumat ini harus sama di dalam pendaftaran aplikasi MySejahtera dan eWallet. Data peribadi ini tidak akan dikongsi dengan penyedia perkhidmatan eWallet.

Cara Mendaftar Aplikasi MySejahtera

  1. Muat turun aplikasi MySejahtera dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Playstore atau Huawei AppGallery.
  2. Pilih pendaftaran sama ada melalui emel atau nombor telefon. Ia pertama kali digunakan untuk menghantar nombor TAC. Kemudian masukkan nama penuh, nombor telefon dan nombor kad pengenalan. Pastikan nama yang dimasukkan di dalam aplikasi ini sama seperti yang tertera di kad pengenalan.
  3. Jawab beberapa soalan untuk menentukan tahap risiko jangkitan COVID-19 anda dan tekan ‘Submit’.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi MySejahetera dan langkah seterusnya ialah mendaftar di aplikasi eWallet pilihan. Jika ada pembetulan maklumat peribadi yang perlu diubah, ia boleh dilakukan di tab ‘Profile’.

eWallet untuk menebus RM50 kredit e-Penjana

Kerajaan telah melantik tiga eWallet sebagai saluran untuk menebus RM50 kredit ePenjana iaitu Boost, Grab dan Touch n Go eWallet. Ini kerana tiga penyedia perkhidmatan ini memiliki pengguna aktif yang besar serta rangkaian kedai yang menyokong pembayaran tanpa sentuh meluas di seluruh negara.

Anda hanya boleh menebus satu sahaja eWallet untuk menerima RM50 kredit ePenjana ini dan pengesahan identiti pengguna (electronic Know Your Customer atau eKYC) perlu dilakukan di dalam aplikasi eWallet tersebut. Proses ini memerlukan pengguna memasukkan nama penuh yang sama seperti di kad pengenalan, mengambil gambar kad pengenalan dan berswafoto untuk mengesahkan muka pengguna.

Selepas proses eKYC diluluskan, anda boleh mula menebus kredit RM50 ePenjana. Ia boleh ditebus dengan menekan banner RM50 ePenjana di dalam aplikasi eWallet dan menuruti langkah yang diberitahu. Hanya satu tebusan yang dibenarkan. Jika anda membuat lebih dari satu tebusan, tebusan yang lain tidak akan diluluskan.

Dimanakah Kredit RM50 ePenjana boleh digunakan?

Selepas penebusan berjaya, anda boleh melihat kredit RM50 ePenjana di dalam eWallet anda. Tetapi ingat, ia perlu digunakan sebelum 30 September 2020 atau kredit ini akan ditarik semula.

Kredit RM50 ePenjana ini boleh digunakan untuk semua bentuk pembayaran sama ada di dalam aplikasi eWallet, atau di dalam dan di luar talian, di mana-mana kedai yang menerima pembayaran melalui eWallet tersebut.

Kita juga boleh bawa keluar duit ‘cash’ dari akaun eWallet ni. Boleh guna untuk berbelanja keperluan harian lain atau barang dapur. Lihat cara nak ‘cash‘ kan di sini.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Berkaitan Artikel

Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl Gaya “Tulang Ikan” Dengan Betul

Cara Mudah Pasang Lantai Vinyl Gaya “Tulang Ikan” Dengan Betul

by Ilham Dekorasi
23 February 2021
4.7k

Jika anda merancang untuk makeover lantai rumah tanpa ingin mengeluarkan kos yang tinggi, lantai vinyl adalah pilihan yang tepat. Lantai vinyl lebih murah berbanding tile biasa...

PERMAI: 22 Inisiatif Pakej Bantuan Permai 2021

PERMAI: 22 Inisiatif Pakej Bantuan Permai 2021

by Ilham Dekorasi
18 January 2021
670

PM sebentar tadi telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas 2021 sempena lanjutan PKP 2.0 yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI. Sebelum...

Promosi Starbucks RM2.10 (Setiap Sabtu & Ahad Sepanjang Bulan Januari 2021)

Promosi Starbucks RM2.10 (Hari Sabtu & Ahad Sepanjang Bulan Januari 2021)

by Ilham Dekorasi
15 January 2021
1.5k

Tawaran istimewa promosi Starbucks RM2.10 untuk bulan Januari 2021. Rugi kalau tak grab promosi murah ni tau.. Jom kami kongsikan cara-cara untuk dapatkan promosi Starbucks RM2.10...

Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM

Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM

by Ilham Dekorasi
13 January 2021
3.3k

Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) Setelah pengumuman dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr Mohd Radzi Md Jidin...

Cara Hias Dapur Sempit Supaya Nampak Lebih Luas & Kemas.

[5 Gambar] Cara Hias Dapur Sempit Agar Nampak Lebih Luas & Kemas.

by Ilham Dekorasi
13 January 2021
5.9k

Kami kongsikan cara Puan Anis Rohani mendekorasi dapurnya yang agak sempit agar kelihatan lebih kemas & praktikal. Pemilihan warna tema putih untuk kabinet dapur sudah cukup...

Artikel Seterusnya
[40 Gambar] Idea & Inspirasi Bilik Tidur Tanpa Katil. Simple & Cantik!

[40 Gambar] Idea & Inspirasi Bilik Tidur Tanpa Katil. Simple & Cantik!

Dekorasi Rumah Flat Kos Rendah 680 Sqft. Kecil, Ruang Terhad Tapi Nampak Elegan & Mewah!

Dekorasi Rumah Flat Kos Rendah 680 Sqft. Kecil, Ruang Terhad Tapi Nampak Elegan & Mewah!

Dekorasi Rumah Subsale Kos Rendah Jenis Memanjang. Ringkas Tapi Cantik!

Dekorasi Rumah Subsale Kos Rendah Jenis Memanjang. Ringkas Tapi Cantik!

Like Kami di Facebook

Facebook Pagelike Widget

RECOMMENDED

Tips Simpan Stok Lauk & Sayur Di Dalam Peti Ais
Dapur

Tips Simpan Stok Lauk & Sayur Dalam Peti Ais. Kekal Segar & Tahan Lama!

25 December 2020
[14 Gambar] Idea Dekorasi Bilik Tidur. Simple!
Bilik Tidur

[14 Gambar] Idea Dekorasi Bilik Tidur. Simple!

21 July 2020
  • Mengenai Kami
  • Privacy Policy
  • Pengiklanan
  • Hubungi Kami

© 2020 ILHAM DEKORASI

No Result
View All Result
  • Rumah
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Dapur
  • Bilik Air
  • Lain-Lain
  • Hubungi Kami

© 2020 ILHAM DEKORASI

error: Content is protected !!