Pernahkah anda terfikir betapa indahnya jika rumah anda mempunyai satu ruang solat khas sendiri seperti musolla atau surau? Jika rumah anda mempunyai sedikit ruang atau bilik kosong, jom jadikan ruang solat khas untuk anda dan keluarga. Boleh juga dijadikan tempat solat untuk tetamu yang bertandang ke rumah anda.

Bagi yang masih mencari idea untuk memanfaatkan lebihan bilik yang ada, kami kongsikan idea surau kecil di rumah iaitu ruang khas untuk anda dan ahli keluarga bersolat tanpa bercampur dengan ruang lain
DEKORASI RUANG SOLAT
KELEBIHAN MEMPUNYAI RUANG SOLAT KHAS DI RUMAH :
- Anda boleh bersolat dengan khusyuk dan tenang tanpa gangguan seolah-olah bersolat di masjid bagi meningkatkan kekhusyukan.
- Boleh digunakan untuk solat berjemaah bersama beberapa ahli keluarga
- Boleh juga digunakan untuk kelas mengaji dan tempat berkumpul ahli keluarga untuk mendengar tazkirah sesama ahli keluarga
- Tempat solat anda bersih dan tidak dicemari dengan makanan atau minuman seperti di bilik tidur mahupun ruang tamu yg sering digunakan untuk bersolat

Semoga artikel ini bermanfaat!