Perkongsian menarik dari puan Raja Nor Fauzura menerusi satu perkongsian di laman Facebook mengenai transformasi rumah teres kos rendah 2 tingkat yang telah didiaminya bersama keluarga selama lebih kurang 12 tahun. Ternyata penantian 12 tahun yang sangat berbaloi kerana hasil transformasi rumah lamanya berubah menjadi seakan banglo mewah.
Keluarga ini hanya mengeluarkan modal dalam RM 35 ribu untuk mengubah suai kediaman tersebut untuk kelihatan lebih moden dan baru. Tempoh ubah suai rumah hanya mengambil masa selama sebulan untuk sempurnakan rumah impian wanita ini.
Pilihan perabot yang berkonsepkan minimalis namun eksklusif ditambah dengan pilihan warna cat membuatkan rumah teres dua tingkat itu nampak lebih moden dan mewah.
Jom ikuti perkongsian dari Puan Raja Nor Fauzura ini.
“Alhamdulillah Syukur pada Allah S.W.T.
Transformasi rumah setelah 12 tahun.
Dapur sempit sebab kami berniaga kek di rumah, Ada 1 oven industry, 1 peti ais kaca 2 pintu, 1 freezer, 1 fridge, 1 mixer.
Renovation major bahagian dapur, pecah semula dan naik slab, pecah table top dapur asal, pecah pembahagi ruang tamu & dapur agar lebih luas pandangan, tambah 4 kaki ke belakang untuk tempat oven & peti ais kaca, pasang sliding door di belakang.
Lain lain tukar plaster siling Dari dapur hingga ke ruang tamu
Tarikh renovate : 05.01.2020 – 05.02.2020
Rumah : Low cost 2 tingkat
Cost Renovation: RM35K ”
Ruang Tamu SEBELUM & SELEPAS Renovasi






Selain transform ruang tamu, ruang dapur juga turut dibuat pengubahsuaian dengan dekorasi tema moden.
Dapur Sebelum Renovasi


Proses Renovasi Dapur









Dapur yang telah mendapat sentuhan baru




Kredit: Raja Nor Fauzura