Tile atau Jubin merupakan bahan yang digunakan untuk melindungi lantai atau dinding dikebanyakkan rumah. Kebiasaannya, Tile atau jubin ini dipasang di bilik mandi, tandas dan dapur.
Memasang Jubin untuk lantai kediaman sangat baik kerana jubin bersifat kalis air apabila direkatkan dengan betul. Ia juga tahan lama dan membolehkan anda menghias dan mendekorasi rumah anda tanpa had. Jubin atau tile ini mempunyai bermacam-macam warna, tekstur dan saiz untuk dipilih termasuklah cara susunan yang ingin anda pasangkan.
Namun begitu, kepelbagaian jenis jubin dipasaran juga menjadikan anda sedikit sukar untuk memilih jubin yang sesuai untuk ruang bilik anda. Kami kongsikan beberapa idea jubin yang berkonsepkan moden untuk tandas & bilik mandi sebagai rujukan bersama. Semoga Bermanfaat!