Ilham Dekorasi
  • Rumah
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Dapur
  • Bilik Air
  • Lain-Lain
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Ilham Dekorasi
  • Rumah
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Dapur
  • Bilik Air
  • Lain-Lain
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Ilham Dekorasi
No Result
View All Result
Home Rumah

Dekorasi Ringkas & Tiada Kabinet Dapur. Trik Rumah Cantik & Senang Nak Kemas!

by Ilham Dekorasi
6 December 2020
in Rumah
Dekorasi Ringkas & Tiada Kabinet Dapur. Trik Rumah Cantik & Senang Nak Kemas!
30.7k
VIEWS
Share on FacebookWhatsappTwitterEmail

Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dalam menghias rumah. Ada yang suka sarat dengan hiasan dekorasi dan ada juga yang lebih suka dekorasi yang berkonsepkan ringkas atau minimalis. Malah cara ini mudah untuk mengemas terutama bagi yang mempunyai anak ramai dan masih kecil.

Begitulah dengan perkongsian dekorasi kali ini. Anda boleh jadikan dekorasi kediaman ini sebagai ilham untuk menyusun atur dan mendekorasi rumah anda. Lebih menarik lagi, ruang dapur rumah ini juga tidak mempunyai kabinet. Jom ikuti perkongsian pemiliknya, Noor Krlc di bawah.

Assalammualaikum semua  harini saya nak share ruang simple rumah saya. Konsep minimalist..Rumah saya simple, tak mewah mcm orang lain, cukup sekadar ikut kemampuan saya dan suami.Tak perlu nak tiru-tiru orang dengan perabot2 mewah sampai sanggup berhutang .

Teringat masa mula2 masuk rumah baru, simple sangat-sangat, sikit-sikit saya dan suami beli barang rumah mengikut keperluan. Maklum la masuk rumah baru, banyak guna duit. Di dalam rumah ni, saya ada membela 6 ekor kucing  1 ibu, 5 ekor anak  3 ekor masih baby lagi. Walaupn ada kucing yang banyak, mereka tak duduk dalam sangar mmg bebas, Alhamdulillah semua baik2 dan tak pernah kotor kan rumah saya. Tak semestinya ada membela kucing dalam rumah kita tak boleh ada minat mendeco dan menghias rumah.

Ruang Tamu

Ruang tamu rumah saya tak ada tema apa pun, tapi saya dan suami suka memilih kabinet warna putih, sebab ruang tamu rumah ni tak berapa nak besar. Putih dan grey banyak dalam rumah ni, janji simple dan kemas. Ruang tamu ni, saya letak kan sama meja makan. Asalnye meja makan tu saya beli 1, ikut kemampuan masa membeli .Bila ada rezeki lebih saya tambah lagi 1 meja dan tambah lagi kerusi. Jadi tak de la terasa sangat duit habis sekali gus.

Bilik Tidur Utama

Bilik utama pun putih jugak dan hitam  dalam bilik ni cuma ada drawer 4 tingkt, tp lupa nak ambik gambar. Almari baju saya di bilik tengah. Tak letak dalam bilik utama, sebab kain baju saya n suami terlalu banyak, jadi tak nak bilik ruang untuk kami berehat penuh dengan segala barang, saya letak semua di bilik pakaian. Nanti ada masa saya akan post pulak bilik pakaian saya

Ruang Dapur

Dapur saya simple. Saya memang tak nak ada kitchen kabinet, saya nak simple deko di dpur, dengan hanya menggunakan rak2 ikea utk letak barang2. Saya jenis yang tak berapa minat untuk beli periuk, kuali besar2 lagi pun saya didalam rumah bukan ramai sangat, bila hari cuti anak2 baru ada dirumah. Semua belajar. Ruang dpur simple supaya mudah saya nak mengemas, lap, ruang masak sya di belah lain.

Ni sahaja yang dapat saya share ruang dirumah saya, simple dan mudah nak kemas  Walaupun simple, perabot tak mewah tapi saya bahagia dan seronok bila tengok rumah sentiasa kemas dn bersih.

Kredit: Noor Krlc

Berkaitan Artikel

Lihat Cara Wanita Ini Menghias Rumah Sewa Kos Rendahnya. Serius Cantik!

[13 Gambar] Lihat Cara Wanita Ini Menghias Rumah Sewa Kos Rendahnya. Serius Cantik!

by Ilham Dekorasi
7 January 2021
14.6k

Jom lihat bagaimana Puan Nur Liza membuat dekorasi rumah sewa kos rendahnya. Beliau memilih warna putih sebagai warna tema, menjadikan ruang kediamannya yang agak sempit kelihatan...

Dekorasi Rumah Teres Tema ‘Earth Tone’. Nampak Moden & Mewah!

[16 Gambar] Dekorasi Rumah Teres Bertemakan ‘Earth Tone’. Nampak Moden & Mewah!

by Ilham Dekorasi
2 January 2021
21.3k

Dekorasi rumah teres 2 tingkat berkonsepkan moden & mewah. Pemilihan tema warna 'Earth Tone' untuk dinding menjadikan ruang rumah nampak lebih luas dan lebih mudah untuk...

Dekorasi Rumah Flat 650sqft Berkonsepkan Scandinavian. Simple Tapi Lawa!

Dekorasi Rumah Flat 650sqft Konsep Ala Scandinavian. Simple Tapi Lawa!

by Ilham Dekorasi
28 December 2020
5.4k

Dekorasi yang sangat menarik rumah Flat berkeluasan 650sqft. Pemilik kediaman ini mengangkat konsep 'Scandinavian' yang menitikberatkan elemen praktikal dan ringkas untuk dekorasi setiap ruang rumahnya. Konsep...

Transform Rumah Teres Kos Rendah Menjadi Seakan Banglo Mewah Dengan Modal RM35K. Serius Lawa!

Transform Rumah Teres Kos Rendah Menjadi Seakan Banglo Mewah Dengan Modal RM35K

by Ilham Dekorasi
20 December 2020
59.6k

Perkongsian menarik dari puan Raja Nor Fauzura menerusi satu perkongsian di laman Facebook mengenai transformasi rumah teres kos rendah 2 tingkat yang telah didiaminya bersama keluarga selama lebih...

[7 Gambar] Dekorasi Rumah Flat Kos Rendah. Simple & Menarik!

Dekorasi Rumah Flat Yang Ringkas Dan Sangat Menarik!

by Ilham Dekorasi
18 December 2020
34.6k

Apa jua jenis rumah jika kena dengan cara susun atur dan dekorasinya, rumah boleh nampak menarik seperti hotel. Berikut adalah deko rumah yang dikongsi oleh Nur...

Artikel Seterusnya
[14 Gambar] Dekorasi Bilik Tidur Yang Ringkas Tapi Cantik!

[14 Gambar] Idea Dekorasi Bilik Tidur. Simple!

[10 Gambar] Dekorasi Dapur Cantik Bertemakan Putih

[10 Gambar] Dekorasi Dapur Cantik Bertemakan Putih

Lahir Bulan Disember? KFC Belanja Makan PERCUMA 1 Set 2pcs Kombo (Snack Plate)!

Lahir Bulan Disember? KFC Belanja Makan PERCUMA 1 Set 2pcs Kombo (Snack Plate)!

Like Kami di Facebook

Facebook Pagelike Widget

RECOMMENDED

[10 Gambar] Dekorasi Dapur Cantik Bertemakan Putih
Dapur

[10 Gambar] Dekorasi Dapur Cantik Bertemakan Putih

8 December 2020
[40 Gambar] Idea Dekorasi Bilik Anak. Ringkas & Cantik!
Bilik Tidur

[40 Gambar] Idea Dekorasi Bilik Anak. Ringkas & Cantik!

15 November 2020
  • Mengenai Kami
  • Privacy Policy
  • Pengiklanan
  • Hubungi Kami

© 2020 ILHAM DEKORASI

No Result
View All Result
  • Rumah
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Dapur
  • Bilik Air
  • Lain-Lain
  • Hubungi Kami

© 2020 ILHAM DEKORASI

error: Content is protected !!