Ilham Dekorasi
  • Rumah
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Dapur
  • Bilik Air
  • Lain-Lain
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Ilham Dekorasi
  • Rumah
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Dapur
  • Bilik Air
  • Lain-Lain
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Ilham Dekorasi
No Result
View All Result
Home Dapur

Awas! Tong Gas Boleh ‘Meletup’ Jika Letak Bawah Dapur Memasak Atau Kabinet Bertutup Kedap

by Ilham Dekorasi
9 March 2021
in Dapur
Awas! Tong Gas Boleh ‘Meletup’ Jika Letak Bawah Dapur Memasak Atau Kabinet Bertutup Kedap
5.1k
VIEWS
Share on FacebookWhatsappTwitterEmail

Memasak memang menyeronokkan terutama bagi mereka yang suka mencuba resipi-resipi baru. Ada juga yang menjadikan memasak sebagai hobi di rumah. Namun, keselamatan ketika di dapur perlu diberi perhatian terutamanya membabitkan gas memasak.

Hampir 80% penduduk Malaysia memilih penggunaan gas LPG atau tong gas untuk memasak. Tetapi, ramai yang tidak tahu atau terlepas pandang tentang bahaya yang mungkin boleh terjadi sekiranya tong gas yang digunakan tidak diletakkan dalam keadaan yang betul dan selamat.

Pengurus Jualan Kawasan Wilayah LPG Petronas, Khalil Fairy Baharim berkata, sifat asas gas LPG iaitu butane dan propane, tidak berbau, tidak berwarna serta lebih berat daripada udara dan ringan berbanding air.

Oleh itu katanya, sejenis bahan kimia khas yang bertindak balas secara positif dengan komponen LPG dimasukkan menyebabkan apabila berlaku kebocoran gas, ia mengeluarkan bau busuk agar senang dikesan jika berlaku kebocoran.

“Di rumah, kebanyakannya menggunakan hos gas plastik lut sinar yang mudah didapati namun ia tidak disyorkan kerana hos jenis itu akan mengeras dan patah jika digunakan agak lama.

“Malah ia akan mengembang dan longgar jika terdedah kepada keadaan panas, selain mudah terbakar bukan untuk diguna pakai bagi memasak menggunakan gas LPG.

“Sebaliknya disyorkan menggunakan hos getah yang mempunyai ketahanan tinggi yang biasanya diperbuat daripada getah lebih tebal dan berwarna hitam. Pastikan ia mempunyai tanda pengesahan SIRIM,” katanya lagi.

Selain itu, katanya, alat atur (regulator) di pasaran terdapat pelbagai jenama tetapi disarankan supaya memastikan ia mempunyai pengesahan SIRIM dan tidak disyorkan menggunakan alat atur yang tiada pengesahan SIRIM.

Jelasnya, tidak perlu membeli alat atur yang mahal atau mempunyai meter, malah alat atur yang memiliki kawalan tekanan gas juga tidak diperlukan. Ini kerana agak berbahaya memaksa mengenakan tekanan yang tinggi pada tong gas memasak di rumah.

“Tempoh pemakaian hos adalah sehingga dua tahun saja, atau sekiranya sudah keras, tukar hos apabila perlu. Manakala bagi alat atur pula disarankan ditukar lima tahun sekali,” katanya lagi.

CONTOH alat atur (regulator) mempunyai pengesahan SIRIM
Sumber foto : myrujukan. com

Berikut adalah panduan keselamatan lain di dapur yang disyorkan Petronas

1. Pastikan jarak antara tong gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari tong gas.

2. Jangan simpan tong gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik. Jika dalam kabinet bertutup, pastikan dalamnya ada lubang udara dan tidak kedap.

3. Bau pelik atau busuk daripada tong gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.

4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan tong gas ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.

5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.

6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.

7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.

Apa yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan:

1. Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas anda.

2. Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.

3. Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.

4. Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.

5. Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.

6. Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan atau cabut kepala gas.

7. Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.

8. Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.

Cara Mengesan Kebocoran Gas

1. Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.

2. Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.

3. Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.

4. Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Sumber Asal : Harian Metro

Berkaitan Artikel

Lihat Bagaimana Wanita Ini Makeover Dapur Bajetnya. Serius Cantik!

Lihat Bagaimana Wanita Ini Makeover Dapur Bajetnya. Serius Cantik!

by Ilham Dekorasi
21 January 2021
6.9k

Jom ikuti story dan gambar perkongsian dari Puan Mcyah Joanjett berkenaan transformasi dapur bajetnya. "Actually rumah aku ni takde dapur (biasalah rumah orang have-have mana masak)....

Cara Hias Dapur Sempit Supaya Nampak Lebih Luas & Kemas.

Cara Hias Dapur Sempit Supaya Nampak Lebih Luas & Kemas.

by Ilham Dekorasi
10 January 2021
9.1k

Kami kongsikan cara Puan Anis Rohani mendekorasi dapurnya yang agak sempit agar kelihatan lebih kemas & praktikal. Pemilihan warna tema putih untuk kabinet dapur sudah cukup...

[30 Gambar] Idea Dekorasi Dapur Kecil Agar Nampak Lebih Luas & Kemas.

[30 Gambar] Idea Dekorasi Dapur Kecil Agar Nampak Lebih Luas & Kemas.

by Ilham Dekorasi
8 January 2021
44k

Mempunyai ruang dapur yang sempit dan kecil bukanlah penghalang untuk seseorang itu memiliki dapur yang cantik. Pemilik rumah boleh menghias ruang dapur dengan penuh kreativiti mengikut...

(40 Gambar) Cara Susun Atur Rempah Ratus & Bahan Kering di Dapur. Guna Rak/Botol Murah Jer!

(40 Gambar) Cara Susun Atur Rempah Ratus & Bahan Kering di Dapur. Guna Rak/Botol Murah Jer!

by Ilham Dekorasi
31 December 2020
47.5k

Dapur yang tak ada kabinet pun boleh deko cantik-cantik tau. Tapi, kena pastikan segala perkakasan dan peralatan dapur disusun dengan elok, rapi dan kemas. Kami kongsikan...

(40 Gambar) Cara Susun Atur Rempah Ratus & Bahan Kering di Dapur. Guna Rak/Botol Murah Jer!

(40 Gambar) Cara Susun Atur Rempah Ratus & Bahan Kering Di Dapur.

by Ilham Dekorasi
30 December 2020
3.4k

Dapur yang tak ada kabinet pun boleh deko cantik-cantik tau. Tapi, kena pastikan segala perkakasan dan peralatan dapur disusun dengan elok, rapi dan kemas. Kami kongsikan...

Artikel Seterusnya
(24 Gambar) Idea Dekorasi Bilik Tidur Anak. Katil Single & Super Single

(24 Gambar) Idea Hias Bilik Tidur Anak. Katil Single & Super Single

Like Kami di Facebook

Facebook Pagelike Widget

RECOMMENDED

[7 Gambar] Dekorasi Rumah Flat Kos Rendah. Simple & Menarik!
Rumah

[7 Gambar] Dekorasi Rumah Flat Kos Rendah. Simple & Menarik!

4 November 2020
Dekorasi Ruang Makan & Dapur. Konsep Moden Minimalis!
Dapur

Dekorasi Ruang Makan & Dapur. Konsep Moden Minimalis!

17 December 2020
  • Mengenai Kami
  • Privacy Policy
  • Pengiklanan
  • Hubungi Kami

© 2020 ILHAM DEKORASI

No Result
View All Result
  • Rumah
  • Ruang Tamu
  • Bilik Tidur
  • Dapur
  • Bilik Air
  • Lain-Lain
  • Hubungi Kami

© 2020 ILHAM DEKORASI

error: Content is protected !!