Entri kali ini, kami ingin kongsikan idea & inspirasi bilik tidur tanpa katil. Bagaimana cara menghias bilik tidur tanpa katil agar kelihatan cantik dan selesa? Sebenarnya, semua bergantung kepada kehendak dan kreativiti masing-masing agar bilik tidur anda mampu memberikan mood yang positif dan menyeronokkan apabila berada di dalamnya.
Ada sebab mengapa sesetengah orang tidak suka menggunakan katil di dalam bilik tidur. Terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang tidur bersama. Mereka lebih memilih untuk tidur menggunakan tilam sahaja bagi mengelak anak jatuh katil dan sebagainya. Mengelak lebih baik dari merawatkan!
Yang penting, kebersihan bilik dan lantai harus sentiasa dijaga disamping mengubah dekorasinya agar kelihatan lebih selesa dan sedap mata memandang.
Berikut kami kongsikan 40 Inspirasi bilik tidur tanpa katil yang sangat menarik dan boleh dijadikan rujukan bersama. Jom lihat gambar-gambar di bawah.

Memang cantik dan kreatif kan. Pemilihan perabot dan hiasan bilik sangat minimalis tetapi tetap menghasilkan suasana bilik tidur yang selesa dan mood ingin tidur.
Semoga artikel ini bermanfaat!