Sebenarnya walaupun tiada kabinet dapur di rumah, anda tetap boleh menyediakan pantri bahan masak sendiri dengan cara kreatif agar ia nampak kemas dan tersusun elok. Pantri di dapur boleh jadi tempat yang paling berhantu di rumah dan selalu diakses kerana meriah dengan bahan masak dan stok makanan.
Kami kongsikan idea mengemas atau susun atur rak bahan masak aka pantri dapur yang menarik untuk rujukan semua.
33 Idea Rak Bahan Masak @ Pantri Di Dapur
Cara pengurusan pantri yang efisien juga memainkan peranan penting, di mana perlu mengutamakan bahan masak yang selalu digunakan di bahagian atas atau tempat yang paling mudah dicapai manakala barang yang kurang digunakan diletakkan dibahagian bawah.
Pantri dapur juga boleh digunakan untuk menyimpan peralatan dapur dan bahan lain yang tidak memerlukan peti sejuk.
Anda juga boleh membeli peralatan khusus seperti bekas plastik atau balang untuk menyimpan segala rempah ratus, bijirin dan pasta serta menyediakan botol-botol menarik yang khas untuk menyimpan bahan masak jenis serbuk. Bekas yang sesuai untuk pantri selalunya didatangkan dalam pelbagai saiz, murah dan boleh disusun kemas bertingkat-tingkat.
Dalam apa jua keadaan, pantri haruslah menjadi rak yang paling rapi dan tersusun kemas walaupun sentiasa berfungsi secara fizikal untuk urusan memasak di dapur. Sekaligus menjadikan proses memasak lebih mudah, pantas dan menyeronokkan.
Semoga artikel ini bermanfaat!
![[33 Gambar] Idea Rak Bahan Masak @ Pantri Di Dapur.](https://ilhamdekorasi.my/wp-content/uploads/2020/07/rak-bahan-masak-ink.jpeg)




































![[30 Gambar] Idea Dekorasi Dapur Kecil Agar Nampak Lebih Luas & Kemas.](https://ilhamdekorasi.my/wp-content/uploads/2019/01/Dapur-Kecil-350x250.jpg)

![[33 Gambar] Idea Rak Di Dapur. Ringkas & Mudah Capai!](https://ilhamdekorasi.my/wp-content/uploads/2020/07/rak-pantri-ink-75x75.jpeg)
![[30 Gambar] Idea Divider Rumah. Pemisah Ruang Yang Cantik & Moden!](https://ilhamdekorasi.my/wp-content/uploads/2020/07/divider-ink-75x75.jpeg)
![[32 Gambar] Idea Loteng Untuk Rumah Siling Tinggi](https://ilhamdekorasi.my/wp-content/uploads/2020/07/loteng-ink-75x75.jpeg)


