Bilik tidur selalunya menjadi tempat yang paling damai, tenang dan selesa untuk setiap orang. Suasana damai dan tenang ini pasti boleh dibangkitkan dengan pemilihan warna tema bilik yang sesuai dan kena dengan citarasa pemiliknya. Tersalah pilih warna tema, boleh mempengaruhi mood untuk berehat, bersantai apatah lagi untuk mendapatkan waktu tidur yang berkualiti.
Bilik tidur seharusnya menjadi tempat yang boleh memberikan ketenangan kerana di situlah tempat yang anda akan banyak menghabiskan masa serta menjadi tempat beristirahat pada waktu malam setelah seharian penat bekerja.
Oleh itu, buat anda yang sedang mencari ilham untuk mengubah suai atau mendekorasi bilik tidur, apakata mulakan dengan pemilihan warna tema terlebih dahulu. Kami tampilkan 15 padanan warna tema bilik tidur yang sangat cantik dan moden yang boleh buat tidur anda lebih lena. Warna tema ini juga mampu memberikan mood tenang dan nyaman.
[15 GAMBAR] PADANAN WARNA TEMA MENARIK UNTUK BILIK TIDUR
Kredit Foto: Christella Designer